Wednesday, January 6, 2016

EIMANELs Doorgift


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Haii.. Assalammualaikum... Sebelum saya meneruskan untuk bergerak secara aktif dalam dunia Blogging ini, suka saya memperkenalkan serba sedikit tentang blog ini untuk bacaan kawan-kawan semua.. 

Blog EIMANELs Doorgift adalah salah satu lagi ruang untuk saya berkongsikan minat saya, harapan saya, bisnes saya dan impian saya pada masa akan datang.. Disini saya juga ingin kongsikan bagaimana terhasilnya nama dan perniagaan kecil-kecilan kami iaitu EIMANELs Doorgift yang pada mulanya tidak terlintas di fikiran untuk menceburi bidang ini.. 

Semuanya bermula ketika saya masih bekerja pada tahun 2012, seorang sahabat yang juga merupakan officemate saya bakal melangsungkan perkahwinan telah meminta saya mereka/men design Tasbih dari mutiara untuk di jadikan doorgift pada majlis resepsi perkahwinannya. Sahabat saya ini mempunyai citarasanya sendiri yang mana rekaan pilihan hatinya menurutnya tidak ada d i pasaran ketika itu.



Bagi menunaikan permintaan sahabat ini, saya dan suami mula mencari tempat yang membekalkan raw material untuk penghasilan tasbih dan kami berjaya menghasilkan berberapa idea rekaan. Setelah di persetujui sahabat saya itu dengan design yang kami cadangkan, kami akhirnya berjaya menyiapkan 1000 utas tasbih untuk sahabat saya ini.

Bermula dari citu dan juga dengan kata2 dari sahabat saya itu yang mengatakna idea kami boleh pergi jauh, kami menubuhkn EIMANELs Doorgift dengan berbekalkan keyakinan bahawa adanya permintaan terhadap Tasbih sebagai Doorgift bagi majlis dan acara2 peribadi seperti Cukur Jambul, Khatam Al Quran, Berkhatan, Pertunangan dan juga Majlis Perkahwinan.

Setelah hampir setahun menjalanken biz ini secara online di samping sambutan yang baik terhadap permintaan, EIMANELs Doorgift akhirnya mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 November 2015 dengan nombor pendaftaran 002491932-X
Antara Koleksi Tasbih 






Harapan saya.. semoga perniagaan kami ini akan terus berkembang dan menjadi Legasi dalam perniagaan suatu hari nanti.. InsyaAllah.. 

Untuk Tempahan/Order :

PM Page Kami di ---> 
EIMANELs Doorgift